Program ini dijalankan pada 6 September 2023 di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Pitas dengan kerjasama antara Jabatan Perikanan Sabah, Pejabat Daerah Pitas, Majlis Keselamatan Negara , Taman – Taman Sabah, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah , Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Enam (6) agensi telah memberi taklimat dan sesi berdialog bersama antara agensi – agensi dan pengusaha bagang turut dilaksanakan pada hari berkenaan.
Sebanyak 60 anggota Jabatan dan Agensi yang berkaitan serta 237 nelayan telah hadir pada hari tersebut. Setelah selesai sesi taklimat, pihak Jabatan Perikanan Sabah telah mengadakan aktiviti cabutan lot undi bagang bersama pengusaha nelayan bagang Daerah Pitas bagi menentukan kedudukan bagang yang boleh didirikan di dalam Zon Taman Tun Mustapha.