Program Penyelidikan Perikanan

Di bawah program ini, antara aktviti utama yg dijalankan adalah kerja-kerja penyelidikan untuk keperluan Jabatan Perikanan Sabah dan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara berkaitan perikanan akuakultur, perikanan tangkap dan produk hiliran perikanan. Ini termasuk penyelarasan aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan di dalam negeri oleh Jabatan dan agensi luar.