Program Kembara Kenali Borneo 2023

Program Kembara Kenali Borneo 2023

06/09/2023 Off By Web Master

Ketibaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah AL-Musta’in Billah Dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ke Institut Perhutanan Sabah (Telupid) yang merupakan venue utama acara.

Ketibaan rombongan Diraja telah disambut oleh Datuk James Ratib (Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat), YB Tuan Jonnybone J. Kurum (Ahli Dewan Undangan Negeri N.47 Telupid), YBhg. Encik Celestine Jetony (Pegawai Daerah Telupid) & Masyarakat setempat yang telah hadir seawal jam 10 pagi.

Dalam program di Telupid, rombongan Diraja telah mengadakan beberapa aktviti yang telah diaturkan iaitu:
1. Lawatan Ke gerai pameran Pertanian, kraftangan
2. Penyampaian buku Aspirasi Telupid Oleh YB Jonnybone J. Kurum ADUN N47 Telupid
3. Penayangan Video Pusat Tarikan pelancongan Daerah Telupid
4. Penyampaian Cenderahati Baju Himpit (Tradisi) Labuk untuk Tuanku & Tas Tangan Bersulam kepada Permaisuri Agong
5. Jamuan Makan Bersama Rakyat Daerah Telupid
6. Persembahan Tarian Tradisi Labuk (Telupid) Oleh Angkatan Seni Labuk Sabah (ASLA)
7. Pertandingan Memancing Riadah Anjuran Jabatan Perikanan (Telupid)
8. Penyampaian Hadiah Pemenang (Johan) 3 kategori
9. Lawatan ke Lokasi Jualan Rahmah KPDNK

Dalam perjalananan menuju ke Kundasang, rombongan Diraja disambut dengan begitu meriah di kawasan kawasan perkampungan di sepanjang perjalanan. Baginda turut sempat meluangkan masa untuk menandatangani Plak Tagal Luanti semasa singgah di Kawasan Tagal Luanti.


Menjunjung Kasih Tuanku.