Program Pembangunan Infrastruktur Sokongan

  1. Pembangunan Infrastruktur dan Fasiliti Sokongan Akuakultur Marin
    • Program melibatkan pengusaha akuakultur marin skala kecil berkelayakan yang sedang beroperasi dan berdaftar di pejabat-pejabat perikanan daerah di negeri Sabah. Insentif adalah dalam berbagai jenis dan peralatan antaranya enjin sangkut, bahan dan peralatan untuk pembinaan pondok operasi & paddle wheel.
  2. Program Pembangunan Infrastruktur Sokongan
    • Program Pembangunan Infrastruktur Sokongan melibatkan 26 buah pejabat perikanan daerah yang terletak di enam (6) wilayah.
  3. Pengurusan Tanah dan Maklumat Akuakultur
    • Program ini berkaitan dengan tanah jabatan dan pemeriksaan permohonan tanah untuk aktiviti akuakultur. Program ini melibatkan aktiviti seperti;
      1. Pemeriksaan Permohonan Tanah untuk keluasan 15 ekar ke atas, sementara untuk Permohonan Tanah berkeluasan 15 ekar ke bawah, pemeriksaan dibuat terus oleh Pejabat Perikanan Daerah.
      2. Pemantauan dan pemeriksaan status tanah-tanah jabatan.