Pelepasan Benih Udang Harimau (Penaeus monodon) di Perairan Sungai Kuala Abai, Kota Belud

Pelepasan Benih Udang Harimau (Penaeus monodon) di Perairan Sungai Kuala Abai, Kota Belud

08/09/2023 Off By Web Master

Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Perikanan (Operasi), En. Talip bin Hasan wakil Pengarah Perikanan, En. Azhar Hj. Kassim yang bersama Tuan Haji Bakri bin Haji Nanun, Pegawai Daerah kota Belud. Turut hadir sama dalam program ini adalah beberapa orang tetamu jemputan termasuk wakil OCPD Kota Belud, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan para nelayan setempat. Program ini diadakan pada 7 September 2023 di Perairan Sungai Kuala Abai, Kota Belud di mana sebanyak 500 ribu benih udang harimau telah dilepaskan ke perairan umum.