Program Pembangunan Industri & Komoditi

  1. Program Pengembangan Industri Hiliran
    • Program ini merupakan insentif kepada pengusaha pemprosesan produk berasaskan perikanan yang berskala kecil sederhana yang terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu pengusaha baru dan pengusaha bimbingan yang sedia ada (naik taraf peralatan yang sedia ada).
  2. Program Pemerkasaan Rumpai Laut Negara
    • Program ini merupakan program insentif kepada komuniti penanam rumpai laut yang terdapat di negeri Sabah.
  3. Pembangunan Stesen Akuakultur Airtawar
    • Ini merupakan sebagai salah satu sokongan terhadap pembangunan industri ikan air tawar, kemudahan dan infra Jabatan perlu untuk ditingkatkan. Pembangunan stesen akuakultur air tawar adalah melibatkan 8 stesen utama yang terletak di seluruh Sabah
  4. Latihan Sangkut dan Latihan Industri di Stesen Akuakultur Air Tawar
    • Ini merupakan program latihan kepada latihan sangkut dan latihan industri. Lazimnya Jabatan akan menerima permohonan latihan peralihan & latihan sangkut dan latihan industri seramai 57 orang pelatih untuk latihan sangkut dan latihan industri. Seramai 25 orang Latihan peralihan Angkatan Tentera Malaysia dan 32 orang pelajar daripada institusi pengajian awam seperti Institusi Pertanian Sabah, UMS, UITM dan Politeknik. Lazimnya para pelatih ditempatkan di beberapa stesen air tawar dalam Jabatan Perikanan Sabah untuk diberikan pendedahan maksima dalam kerja-kerja praktikal akuakultur air tawar.