Program Pembangunan Teknologi

Antara projek di bawah Program Pembangunan Teknologi adalah:

  1. Projek Pembangunan Induk Ikan Marin
    • Projek ini menjurus kepada penghasilan beberapa baka induk berkualiti seperti induk siakap (Lates calcarifer), induk kerapu (Epinephelus), induk balat (Halothuria scabra), induk ketam (Scylla sp.), induk abalone (Haliotis sp.) & induk ikan bahulu (Chanos chanos).
  2. Projek Pemerkasaan Industri Pembenihan Akuakultur Marin
    • Projek ini memfokuskan untuk menghasilkan telur-telur ikan dan benih balat serta makanan hidup (zooplankton & fitoplankton) yang berkualiti.
  3. Projek Percubaan Pembenihan Spesis Baharu
    • Projek ini dilaksanakan terhadap ketam bakau ( paramamosain, S. tranquebareca, S. olivacea & S. serrata) dan latok (Caulerpa lentillifera). Projek ini sebenarnya lebih tertumpu untuk menghasilkan benih di dalam persekitaran hatcheri.
  4. Bantuan Insentif Akuakultur Marin
    • Projek ini lebih kepada projek bantuan terhadap para pengusaha hatcheri. Bantuan adalah dalam bentuk tangki asuhan, tangki untuk kultur plankton dan bahan binaan untuk hatcheri balat.
  5. Projek Inkubator
    • Projek ini bertujuan untuk memberi peluang kepada individu/syarikat yang berminat dan mempunyai pengalaman dalam bidang pembenihan ikan marin namun belum lagi mampu membina bangunan hatceri atau nurseri mereka sendiri.
    • Kriteria tambahan diperlukan termasuk kemampuan dalam menyediakan modal pusingan yang cukup untuk menampung kos operasi.
    • Individu/Syarikat yang berjaya dipilih akan menjadi inkubatee selama 2 tahun dengan pertimbangan untuk disambung 1 tahun tambahan tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan.