Tagal MOU Kampung Babagon Bawah, Penampang

Tagal MOU Kampung Babagon Bawah, Penampang

12/06/2023 Off By Web Master

Tagal MOU Kg. Babagon Bawah, Penampang dan Jabatan Perikanan Sabah telah ditandatangani pada 9 Jun 2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat (YB) Datuk Ewon Ebin, Menteri Pembangunan Usahawan & Korperasi Merangkap Ahli Parlimen P174 Penampang. YB telah diwakili oleh Tn. Carl Moosom yang merupakan Setiausaha Politik kepada YB., Ybhg. Pengarah Jabatan Perikanan Sabah-En. Azhar Kassim, Pegawai Daerah Penampang En. Francis Chong. Turut hadir sama adalah Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perikanan, Wakil-wakil Jabatan dan Agensi Negeri & Persekutuan serta penduduk setempat.
Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Tagal En. Gidius Gonsuin mengimbas penubuhan tagal di kampung tersebut dan merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan pihak Jabatan kepada tagal di kampong berkenaan. Dalam majlis yang sama Pegawai Daerah Penampang, En. Francis Chong mengalu-alukan program Jabatan di daerah Penampang dan berharap program dapat dikembangkan ke kawasan lain di sini. Sementara itu Pengarah Perikanan, En. Azhar Kassim pula mengimbas program tagal ini dilaksanakan dan Tagal MOU telah bermula pada tahun 2016 lagi. Sementara Tagal Kampung Babagon Bawah merupakan tagal pertama di daerah Penampang yang melaksanakan MOU bersama Jabatan. Beliau turut memaklumkan Tagal Babagon Bawah ini merupakan satu-satunya tagal yang mempunyai aktiviti ‘sport fishing’ dengan konsep ‘tangkap dan lepas’ yang telah lama dilaksanakan. Dalam ucapan perasmian, YB memberikan sokongan terhadap program yang telah dilaksanakan. YB turut mencadangkan agar kemudahan-kemudahan awam di kawasan tagal dapat dinaiktaraf untuk memberikan keselesaan kepada semua pengunjung. YB turut mencadangkan agar JK Tagal dapat mengambil peluang terhadap program dan skim-skim yang disediakan oleh pihak kementerian bagi membolehkan tagal ini berkembang dengan lebih maju. Di akhir ucapan YB mengucapkan tahniah dan syabas kepada JK Tagal Kg. Babagon Bawah dan Jabatan atas MOU yang dimaterai pada hari berkenaan. Ucapan YB telah dibacakan oleh Setiausaha Politik iaitu Tuan Carl Moosom.
Majlis berkenaan diakhiri dengan menandatangan dokumen MOU dan Plak perasmian.