Jabatan Perikanan Sabah telah menandatangi memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Malaysia Sabah

Jabatan Perikanan Sabah telah menandatangi memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Malaysia Sabah

16/06/2023 Off By Web Master

Untuk memperkasakan program penyelidikan demi menyokong keberkesanan program Jabatan Perikanan Sabah dalam membangun dan menguruskan sumber perikanan di Sabah, Jabatan Perikanan Sabah telah menandatangi memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Malaysia Sabah pada 15 Jun 2023 bertempat di Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah. Skop MOU ini merangkumi kerjasama aktiviti penyelidikan, penerbitan, penganjuran seminar/konferens/bengkel, program pertukaran/penempatan pelajar latihan industri/staf, aktiviti libat urus komuniti berkepentingan di Sabah, program pembelajaran staf Jabatan Perikanan Sabah dalam bidang akuakultur dan projek-projek yang dipersetujui bersama oleh kedua-pihak pihak. Sebelum sesi menandatangi MOU diadakan, Jabatan Perikanan Sabah telah menyertai satu sesi perbincangan meja bulat bersama UMS, pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Hidupan Liar, Taman Sabah, dan agensi bukan kerajaan bertujuan untuk membincangkan kolaborasi penyelidikan.