Jabatan Perikanan Sabah – Pensijilan MS ISO Kekal Cemerlang Sejak 2012 sehingga kini

Jabatan Perikanan Sabah – Pensijilan MS ISO Kekal Cemerlang Sejak 2012 sehingga kini

19/06/2023 Off By Web Master

Jabatan Perikanan Sabah – Pensijilan MS ISO Kekal Cemerlang Sejak 2012 sehingga kini

16 Jun 2023. Pensijilan MS ISO Jabatan Perikanan Sabah telah bermula pada tahun 2012. Pensijilan ini dimulakan oleh mantan Pengarah Perikanan Sabah Ybhg. Datuk Rayner Stuel Galid, seterusnya oleh pengarah-pengarah selepas itu, Ybhg. Datuk Dr. Ahemad Sade, Ybhg. Tuan Godfery Kissey dan kesinambunganya diteruskan oleh Ybhg. Tuan Azhar Kassim.

Pada peringkat awal pelaksanaan iaitu 2012-2016, Pensijilan MS ISO hanya melibatkan aktviti Penguatkuasaan & Perlesenan di Ibu Pejabat sahaja. Sepanjang tempoh 2017-2022, Pensijilan MS ISO dikembangkan meliputi 3 buah lokasi iaitu Ibu Pejabat Wisma Pertanian Sabah, Kompleks Perikanan Likas dan Pusat Pengembangan Akuakultur Menggatal.

Sejak tahun 2018, Jabatan berjaya mengekalkan kecemerlangan dengan ZERO NCR setiap kali pengauditan bersama dengan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sehinggalah tahun 2022. Jabatan Perikanan Sabah di antara jabatan terbaik yang mempunyai MS ISO. Skop MS ISO Jabatan Perikanan Sabah ialah “Pembangunan Dan Pengurusan Industri Perikanan Sabah Secara Lestari” adalah menyeluruh dalam pematuhan standard pensijilan kerana melibatkan semua program serta aktiviti jabatan.

Untuk tahun 2023, bersesuaian dengan pensijilan semula, pelaksanaan MS ISO ini telah diperluaskan sehingga ke peringkat 6 Wilayah (Kota Kinabalu, Kudat, Beaufort, Pedalaman, Tawau dan Sandakan) di mana pihak pengurusan ingin memastikan semua prosedur standard sentiasa dipatuhi dan menggelakkan daripada berlaku kecuaian / salah guna kuasa. Kini jabatan telah memperluaskan pensijilan ke 9 buah lokasi keseluruhanya.

Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001 : 2015 bagi kali yang ke – 4 pada 12 – 16hb JUN 2023 sekali lagi telah mengekalkan ZERO NCR untuk tahun yang ke-6. Syabas dan tahniah kepada warga Jabatan Perikanan Sabah kerana sentiasa komited dan mematuhi standard serta prosedur yang telah ditetapkan.

Disediakan Oleh;
Bahagian Pengurusan Wilayah & Perhubungan Awam