OPS. SEKAT BERSAMA PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BATALION 14 DI ROAD CHECK POINT (RCP) KALABAKAN

OPS. SEKAT BERSAMA PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BATALION 14 DI ROAD CHECK POINT (RCP) KALABAKAN

28/06/2023 Off By Web Master

OPS. Sekat merupakan salah satu gerakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Perikanan dalam menangani aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Perikanan 1985 (Pindaan 2019).

Oleh itu, satu Operasi yang dikenali dengan OPS. SEKAT yang melibatkan Unit Penguatkuasa Wilayah Tawau bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 telah dilaksanakan pada 27 Jun 2023.

Memperkasa Akta Perikanan 1985 (Pindaan 2019) terutamanya bagi kesalahan-kesalahan membawa hasil perikanan yang melanggar Akta sepertimana dalam Seksyen 26(1)(c) iaitu membawa atau memiliki mana-mana hasil perikanan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dan juga membawa mana-mana ikan dari spesies yang dilarang.

Gerakan Penguatkuasaan ini juga secara langsung memperlihatkan kepada masyarakat khususnya pemain industri perikanan bahawa Jabatan Perikanan Sabah menerusi Unit Penguatkuasa Perikanan sentiasa komited dalam menangani isu dan aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang dan peraturan sepertimana dalam Akta Perikanan 1985 (Pindaan 2019).

OPS. SEKAT dijalankan pada 27.06.2023 (selasa) di Road Check Point (RCP) PGA Kalabakan, bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam.

Sebanyak 10 buah kenderaan yang membawa hasil perikanan telah diperiksa dan digeledah oleh Unit Penguatkuasa Perikanan Wilayah Tawau sepanjang OPS. dijalankan dengan bantuan keselamatan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Hasil pemeriksaan kesemua kenderaan tersebut TIDAK didapati sebarang aktiviti yang melanggar Akta Perikanan 1985 (Pindaan 2019).

OPS. SEKAT yang dirancang oleh Unit Penguatkuasa Perikanan Wilayah Tawau bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilihat Berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Walaupun tiada sebarang kesalahan yang dikesan, namun Gerakan Penguatkuasaan ini dapat memperlihatkan kepada pemain industri perikanan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sepertimana dalam Akta Perikanan 1985 (Pindaan 2019).

Operasi bersama ini juga memperlihatkan usaha sama agensi penguatkuasa yang terlibat bertukar-tukar pendapat dalam memperkasakan Undang-undang dan peraturan-peraturan mengikut Akta masing-masing.