PROGRAM PELEPASAN BENIH KETAM BAKAU (scylla tranquebarica) di Kota Kinabalu Wetland-Ramsar Site Kerjasama Jabatan Perikanan Sabah dan Institut Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah

PROGRAM PELEPASAN BENIH KETAM BAKAU (scylla tranquebarica) di Kota Kinabalu Wetland-Ramsar Site Kerjasama Jabatan Perikanan Sabah dan Institut Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah

16/09/2026 Off By Web Master

KOTA KINABALU, 15 September 2026 – Sebanyak 2197 ekor benih ketam bakau (Scylla tranquebarica) telah dilepaskan di KK Wetland (Ramsar Site), menerusi Program Pelepasan Benih Ketam Bakau hasil kolaborasi di antara tiga entiti – Jabatan Perikanan Sabah, Institut Marin Borneo (Universiti Malaysia Sabah) dan Sabah Wetland Conservation Society.

Dirasmikan oleh Yang Berusaha- En. Irman Isnain (Tmbalan Pengarah Perikanan Sabah (Pembangungan), Yang Berusaha- Prof. Madya Dr. Juanita Joseph (Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Institut Marin Borneo dan Yang Berusaha- Puan Azalene Amelia Kamal Quadra (Setiausaha Kehormat Sabah Wetlands Conservation Society) di Rhizophora Room, KK Wetland-Ramsar Site, program ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan populasi ketam bakau di Sabah, satu pendekatan bersepadu telah diwujudkan: Jabatan Perikanan Sabah sebagai peneraju Pengurusan Perikanan Lestari, pemuliharaan serta operasi hatceri, Universiti Malaysia Sabah menyumbangkan kepakaran saintifik dan penyelidikan serta Sabah Wetland Conservation Society (SWCS) sebagai rakan strategik pusat pemuliharaan.

Langkah pelepasan benih ini merupakan strategi pemulihan stok (stock enhancement) yang amat vital bagi mengimbangi penurunan populasi, meningkatkan kadar kelangsungan hidup, dan memulihkan kesihatan genetik spesies ini di habitat semulajadi. Sejarah lipatan program ini bermula pada 5 Julai 2022 di Tasik Sitompok, Kuala Penyu, dan diteruskan pada tahun 2025 menerusi tiga fasa pelepasan berkala iaitu pada 12 November, 19 November, dan 12 Disember di Tasik Sitompok serta Kota Kinabalu Wetlands (Tapak Ramsar).

Atas keberkesanan dan impak positif yang jelas, pada tahun 2026 ini, pihak UMS, Jabatan Perikanan Sabah, dan Sabah Wetland Conservation Society sekali lagi menjayakan Projek Pembenihan dan Pelepasan Benih Ketam Bakau di Kota Kinabalu Wetlands untuk penganjuran kali ketiga demi menjana semula stok ketam bakau negeri.

Bermula Julai tahun 2026 ini, pihak Pusat Pembenihan Ikan Marin Sabah dan Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS berkerjasama dalam projek pembenihan ketam bakau di Hatceri Krustasia, Tanjung Badak, Tuaran (Mohd Fadzlini bin Ghani, Junit bin Aris dan Mohd Ferdaus bin Paidi) dan telah berjaya menghasilkan sebanyak 2197 ekor benih ketam bakau serta berjaya dilepaskan di Kota Kinabalu Wetland-Ramsar Site. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perikanan Sabah, Institut Marin Borneo (UMS) dan Sabah Wetland Conservation Society.