Sipitang, 9 September 2026 | Program Kesedaran Konservasi Ekosistem Marin/ Akuatik bagi pelajar-pelajar Sekolah dijalankan di S.K. Padang Berampah, Sipitang pada 09 September 2026 dan melibatkan seramai 180 pelajar daripada Darjah 4, 5 dan 6 serta 40 orang guru. Program kesedaran ini dijalankan dengan aktiviti seperti ceramah, tayangan video, kuiz, edaran bahan hebahan/ rujukan serta sesi demonstrasi pengenalan ikan bom. Pembentangan yang disampaikan adalah berkenaan pengenalan kepada bom ikan, spesis akuatik terancam, pengurusan system Tagal di Sabah dan Pengenalan kepada Belangkas.
Objektif program ini adalah:
Untuk membentuk generasi yang berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar marin/ akuatik dan sumber perikanannya.
Memberi pendedahan berkenaan konservasi marin/ akuatik dan pengurusan sumber perikanan di Wilayah Sabah kepada pelajar-pelajar.
Menerapkan nilai-nilai murni seperti sikap tanggungjawab dan rasa hormat terhadap alam sekitar, khususnya ekosistem marin dan akuatik.