Beaufort – 24 Ogos 2026 : Program Lawatan Pengarah Perikanan Sabah Meninjau Potensi Kawasan Bintuka, Beaufort untuk Akuakultur Udang Laut.
Pengarah Perikanan Sabah, Tuan Lawrence Kissol Jr. bersama-sama dengan Ahli Parlimen Sipitang, YB Datuk Matbali bin Musah telah melawat sebanyak 3 buah ladang ternakan udang di Bintuka, Beaufort iaitu ladang ternakan udang En. Samsudin bin Kamis, ladang ternakan udang Pn. Norhana binti M. Yusof dan ladang ternakan Udang Pn. Nafsiah binti Basna. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan potensi akuakultur udang laut di Bintuka, Beaufort. Selain melawat dan meninjau potensi akuakultur udang laut, Tuan Lawrence juga ingin mengenalpasti bantuan-bantuan yang diperlukan oleh pengusaha-pengusaha ladang udang supaya Jabatan Perikanan Sabah dapat mengambil tindakan segera berkenaan permohonan bantuan-bantuan tersebut. Di samping melawat ladang-ladang udang laut, Tuan Lawrence juga melawat kolam air tawar Koperasi Bersatu Kg. Suasa Beaufort bagi melihat potensi ternakan udang galah di tempat ini. Di akhir lawatan, Tuan Lawrence berpeluang bertemu dengan YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan dan berbincang berkenaan memperkasakan akuakultur udang laut di Bintuka, Beaufort.