KURSUS ASAS PENYELENGGARAAN ENJIN SANGKUT

KURSUS ASAS PENYELENGGARAAN ENJIN SANGKUT

28/08/2026 Off By Web Master

PAPAR, 22 – 26 Jun 2026 | Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perikanan Sabah telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Penyelenggaraan enjin sangkut yang berlangsung selama 5 hari bermula 22 hingga 26 Jun 2026 bertempat di Pusat Latihan dan Kemahiran Perikanan Sabah, Kinarut, Papar. Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penyelenggaraan enjin sangkut melalui gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal. Peserta didedahkan kepada asas pengenalan enjin, sistem operasi, kaedah penyelenggaraan serta teknik mengenal pasti kerosakan sebelum mempraktikkan proses membuka, memasang dan menghidupkan semula enjin.

Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penyelenggaraan enjin sangkut melalui gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal. Peserta didedahkan kepada asas pengenalan enjin, sistem operasi, kaedah penyelenggaraan serta teknik mengenal pasti kerosakan sebelum mempraktikkan proses membuka, memasang dan menghidupkan semula enjin.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta, sesi suai kenal dan taklimat oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan. Seterusnya peserta mengikuti siri kuliah teori yang disampaikan oleh En. Razalie Mohd. Zain meliputi pengenalan kursus, definisi enjin, model enjin sangkut, prinsip operasi enjin dua lejang dan empat lejang serta perbezaan antara kedua-dua jenis enjin tersebut.

Sesi teori diteruskan dengan penerangan mengenai sistem bahan api, sistem pelinciran, sistem pencucuhan, sistem pendinginan, gear box serta kaedah penyelenggaraan berkala. Peserta turut mempelajari teknik mengenal pasti masalah enjin serta mengikuti sesi soal jawab bagi mengukuhkan kefahaman mereka.

Latihan praktikal bermula dengan aktiviti membuka enjin sangkut dan mengenal pasti komponen utama seperti blok enjin, flywheel, karburator, piston ring, cylinder head, exhaust manifold, drive shaft, water pump dan crankshaft. Sesi ini dikendalikan oleh En. Razalie Mohd. Zain dengan bantuan Christopher Linudi.

Peserta kemudiannya diberi peluang memasang semula enjin sehingga berjaya dihidupkan semula. Selain itu, tenaga pengajar turut berkongsi teknik penjagaan enjin, langkah keselamatan ketika melakukan penyelenggaraan serta kaedah penyimpanan peralatan dengan betul. Latihan praktikal ini memberi pengalaman sebenar kepada peserta dalam mengenal pasti kerosakan dan menyelesaikan masalah asas enjin sangkut.

Sepanjang lima hari pelaksanaan kursus, peserta memperoleh pendedahan menyeluruh mengenai teori dan amali penyelenggaraan enjin sangkut. Gabungan sesi kuliah, demonstrasi dan latihan praktikal berjaya meningkatkan kemahiran peserta dalam penyelenggaraan, diagnosis kerosakan dan pengendalian enjin secara selamat. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan di tempat kerja bagi meningkatkan kecekapan serta keselamatan operasi berkaitan penggunaan enjin sangkut.