07 JULAI 2026 – Kiulu : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Inisiatif Kebun Dapur anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) yang telah diadakan di Perkarangan Dewan O.K.K. Rampas, Kiulu.
Program ini dirasmikan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Jamawi Jaafar.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran, perkongsian dan jualan produk oleh Agensi dan Mentor Kebun Dapur.