04 OGOS 2026 – Kota Marudu : Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Inisiatif Kebun Dapur anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) yang telah diadakan di Dataran Utama Padang, Kota Marudu.
Program ini dirasmikan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Jamawi Jaafar.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran, perkongsian dan jualan produk oleh Agensi dan Mentor Kebun Dapur.