MAJLIS PERHIMPUNAN PENGUATKUASAAN JABATAN PERIKANAN SABAH TAHUN 2026

MAJLIS PERHIMPUNAN PENGUATKUASAAN JABATAN PERIKANAN SABAH TAHUN 2026

22/07/2026 Off By Web Master

SANDAKAN, SABAH – Jabatan Perikanan Sabah (DOFS) telah menjayakan Majlis Perhimpunan Penguatkuasaan 2026 dan dirasmikan oleh Pengarah Perikanan Sabah, DR. Shuhadah HJ. Mustapha, dalam masa yang sama melancarkan Buku Dasar dan Garis Panduan Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Sabah. Buku ini menghimpunkan dasar, prinsip, prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan penyiasatan yang akan menjadi rujukan utama kepada setiap pegawai dan anggota penguatkuasa dalam melaksanakan tugas, sama ada di darat mahupun di laut.