Lawatan Komuniti Ke Irunji Agro-Pelancongan Lahad Datu dan Latihan Kanvas Modal Perniagaan (BMC)

Lawatan Komuniti Ke Irunji Agro-Pelancongan Lahad Datu dan Latihan Kanvas Modal Perniagaan (BMC)

19/06/2026 Off By Web Master

Lawatan Komuniti Ke Irunji Agro-Pelancongan Lahad Datu dan Latihan Kanvas Modal Perniagaan (BMC) Bagi Projek Solutions For Marine And Coastal Resilience In The Coral Triangle (SOMACORE), 15 Jun 2026

Jabatan Perikanan Sabah dengan kerjasama WWF-Malaysia telah menganjurkan Lawatan Komuniti Ke Irunji Agro-Pelancongan Lahad Datu dan Latihan Kanvas Modal Perniagaan (BMC), tajaan daripada German Federal Enterprise for International Cooperation/ Gessellcshaft Fuer Zusammenarbeit (GIZ) di bawah Projek Solutions for Marine and Coastal Resilience in the Coral Triangle (SOMACORE) pada 15 Jun 2026 di daerah Lahad Datu. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang agro-pelancongan berasaskan akuakultur dan Mempelajari konsep Kanvas Model Perniagaan (Business Model Canvas).

Seramai 9 peserta terpilih daripada daerah Kunak untuk sesi lawatan ini. Lawatan ke Irunji Agro-Pelancongan memberi peluang para peserta mengikuti pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Irunji Agro-Pelancongan dan sesi perkongsian oleh pemilik untuk bertanya lanjut tentang model perniagaan agro-pelancongan. Latihan Teori Kanvas Model Perniagaan dikendalikan oleh Pn. Zaharen Awang daripada WWF-Malaysia dan Nur Fadilah Mohamad daripada APPGM-SDG. Dalam sesi ini, peserta diberi pendedahan tentang Aset Mata Pencarian dan juga Kanvas Model Perniagaan. Modul pembelajaran ini turut dicetak untuk kegunaan dan rujukan masa depan para peserta.