Kesedaran Pengurusan Spesis Yu dan Pari Sabah Siri 3/2026, De Leon Hotel, Lahad Datu,16 Jun 2026

Kesedaran Pengurusan Spesis Yu dan Pari Sabah Siri 3/2026, De Leon Hotel, Lahad Datu,16 Jun 2026

19/06/2026 Off By Web Master

Kesedaran Pengurusan Spesis Yu dan Pari Sabah Siri 3/2026, De Leon Hotel, Lahad Datu,16 Jun 2026

Jabatan Perikanan Sabah dengan kerjasama WWF-Malaysia dan Marine Research Foundation telah menganjurkan Bengkel SOMACORE: Kesedaran Pengurusan Spesis Yu dan Pari Sabah Siri 3/2026, tajaan daripada German Federal Enterprise for International Cooperation/ Gessellcshaft Fuer International Zusammenarbeit (GIZ) di bawah Projek Solutions for Marine and Coastal Resilience in the Coral Triangle (SOMACORE) di De Leon Hotel, Lahad Datu pada 16 Jun 2026.

Bengkel ini merupakan lanjutan daripada Bengkel yang telah dilaksanakan di daerah Sandakan dan Semporna pada bulan April 2026. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat berkenaan spesis ikan yu dan pari yang terdapat di Malaysia.

Bengkel ini dihadiri oleh seramai 68 orang daripada Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar, Taman-Taman Sabah, WWF-Malaysia, Marine Research Foundation, Reef Check Malaysia dan juga wakil-wakil komuniti nelayan dari kampung nelayan sekitar Lahad Datu dan Kunak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) En. Lawrence Kissol Jr.