Jabatan Perikanan Sabah telah menandatangi memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Malaya

Jabatan Perikanan Sabah telah menandatangi memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Malaya

29/07/2023 Off By Web Master

Untuk memperkasakan program penyelidikan demi menyokong keberkesanan program Jabatan Perikanan Sabah dalam membangun dan menguruskan sumber perikanan di Sabah, Jabatan Perikanan Sabah telah menandatangi memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Malaya pada 28 Julai 2023 bertempat di Wisma Pertanian Sabah, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan. Skop MOU ini merangkumi kerjasama aktiviti penyelidikan, penerbitan, laporan, maklumat dan bahan-bahan akademik, program pertukaran staf dan perkongsian aktiviti/program yang mempunyai kepentingan bersama, di mana perkongsian tersebut akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.