Stesen Akuakultur Airtawar Tasik Buyut & Projek Biofloc

Stesen Akuakultur Airtawar Tasik Buyut & Projek Biofloc

04/05/2024 Off By Web Master

Satu lawatan kerja ke Daerah Kota Marudu oleh Timbalan Pengarah Perikanan (Pembangunan) Datin Dr. Shuhadah Mustapha telah diadakan pada 3 Mei 2024. Lawatan kerja ini dimulakan di Stesen Akuakultur Air Tawar Tasik Buyut yang mana, taklimat telah dibuat oleh Ketua Stesen iaitu Tn. David Siapat.
Lawatan kerja ini turut disertai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Pn. Dorothy Chung. Selepas taklimat, rombongan turut dibawa melawat galeri ikan yang terdapat di stesen ini. Program yang kedua adalah lawatan ke Projek Pembiakan Ikan yang diternak menggunakan kaedah Biofloc milik En. Dusip Dayou di Kampung Damai, Kota Marudu. Pemilik ladang ikan DD Horizon ini mengusahakan ternakan ikan tilapia dengan menggunakan kaedah biofloc.