Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERIKANAN SABAH

1. Surat tawaran kursus dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum kursus dijalankan.

2. Permohonan lesen perikanan baharu diproses dalam tempoh 30 hari bekerja dari tempoh permohonan lengkap diterima.

3. Pembaharuan lesen perikanan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja setelah mematuhi syarat.

4. Kad Pendaftaran Nelayan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima dan memenuhi syarat.

5. Permit import, eksport dan CITES di bawah kuasa Jabatan Perikanan Sabah dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja setelah mematuhi syarat.

6. Aduan awam diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja.

7. Laporan analisis makmal dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja.

8. Sijil tempasal dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

9. Sijil Kesihatan ikan hidup dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja sebelum tarikh eksport.

10. Sijil pengakusaksian dan borang DS2031 dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap yang diterima.

11. Surat sokongan permohonan lesen akses/eksport Pusat Biodiversiti Sabah dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.