MEMPERKASA KEMAHIRAN PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR SECARA ARUHAN

MEMPERKASA KEMAHIRAN PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR SECARA ARUHAN

05/10/2026 Off By Web Master

KOTA MARUDU, 6 – 9 JULAI 2026 | Kursus Pembenihan Ikan Air Tawar Secara Aruhan telah dilaksanakan selama empat hari di Stesen Pengembangan Akuakultur Air Tawar, Tasik Buyut, Kota Marudu. Kursus ini memberi pendedahan secara teori dan amali kepada peserta berkaitan kaedah pembenihan ikan air tawar secara aruhan, khususnya dalam aspek pengurusan induk, penyuntikan, pengeluaran telur serta pengurusan awal benih ikan. Pelaksanaan kursus menggabungkan sesi kuliah dan latihan amali bagi memastikan peserta bukan sahaja memahami konsep asas pembenihan, malah berpeluang mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari melalui aktiviti praktikal.

Antara fokus utama kursus adalah untuk:

  • Memberikan pengetahuan asas berkaitan pembenihan ikan air tawar secara aruhan.
  • Meningkatkan kefahaman peserta mengenai pemilihan induk keli yang sesuai untuk pembenihan.
  • Memberikan pendedahan mengenai kaedah penyuntikan dan pengurusan induk.
  • Memberikan kemahiran dalam penyediaan tangki, peralatan serta proses melirit telur.
  • Meningkatkan pengetahuan berkaitan pemakanan dan pengurusan rega keli di peringkat asuhan.
  • Memberikan pengalaman praktikal dalam pemerhatian dan pengurusan telur serta rega ikan.

Kursus dimulakan dengan sesi pengenalan kepada pembiakan aruhan yang memberikan asas pengetahuan kepada peserta mengenai konsep dan kaedah pembenihan ikan secara aruhan.

Seterusnya, peserta didedahkan kepada aspek pemilihan induk keli yang sesuai serta kaedah penyuntikan sebagai salah satu proses penting dalam pembenihan secara aruhan. Peserta turut diberikan pendedahan mengenai proses melirit telur, penyediaan peralatan serta pemerhatian terhadap perkembangan telur. Aspek pemakanan dan pengurusan rega keli di peringkat asuhan turut diberi perhatian, termasuk penyediaan makanan hidup yang bersesuaian.

Antara tajuk kuliah yang diketengahkan ialah:

  • Pengenalan kepada Pembiakan Aruhan
  • Pemilihan Induk Keli dan Penyuntikan
  • Pelirihan Telur dan Penyediaan Peralatan
  • Pemakanan dan Pengurusan Rega Keli di Peringkat Asuhan
  • Penyediaan Makanan Hidup untuk Rega Peringkat Awal

Peserta menjalani latihan amali melibatkan:

  • Pemilihan induk dan penyediaan tangki
  • Penyuntikan ikan
  • Penyediaan tangki dan alat-alat
  • Melirit telur
  • Penyediaan makanan hidup untuk rega
  • Pemerhatian telur

Kursus ini turut menyediakan ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar melalui sesi soal jawab dan latihan praktikal.