Program Melabuh Tukun Tiruan Rekreasi

Program Melabuh Tukun Tiruan Rekreasi

18/08/2026 Off By Web Master

Kuala Penyu – 18 Ogos 2026: Tuan Lawrence Kissol Jr. Pengarah Perikanan Sabah telah merasmikan aktiviti melabuh tukun tiruan di perairan Kg. Menumpang, Kuala Penyu. Sebanyak 35 unit Tukun Tiruan Rekreasi Penghalang Pukat Tunda telah berjaya dilabuhkan. Program Pembangunan Tukun Tiruan merupakan salah satu program tahunan Jabatan Perikanan Sabah di mana tukun tiruan ini dibina dan dilabuhkan di perairan laut untuk berfungsi seperti terumbu karang semula jadi bagi menyediakan habitat, tempat berlindung & membiak bagi hidupan laut.

Objektif utama program ini agar pemuliharaan dan penambahan sumber perikanan dan seterusnya dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan nelayan terutamanya nelayan tradisional. Ini merupakan lokasi ke-11 di daerah Kuala Penyu dan menambah bilangan tukun tiruan konkrit di daerah ini kepada 305 unit sejak tahun 2008.

Turut hadir menyaksikan program ini adalah wakil dari Pejabat Daerah Kuala Penyu, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Polis Diraja Malaysia, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, dan pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Sabah yang telah berusaha menjayakan program ini iaitu Pn. Dorothy Chung Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancang, En. Ernest Jinuat Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Marin dan Pelesenan, Pegawai Wilayah Perikanan Sipitang, Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu dan Beaufort.