Mesyuarat ke-15 ASEAN Seaweed Industry Club (ASIC) telah berjaya diadakan pada 10–11 September 2025 di Tawau, Sabah. Pada tahun ini, Jabatan Perikanan Sabah telah diberi penghormatan sebagai negara penganjur untuk mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini menghimpunkan wakil dari Indonesia, Filipina, Lao PDR dan Malaysia, selain turut disertai oleh ahli-ahli ASIC dari seluruh ASEAN secara dalam talian.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan perkembangan, cabaran dan peluang dalam industri rumpai laut serantau, selain memperkukuh kerjasama strategik antara negara-negara anggota ASEAN.