Bengkel Pengurusan Mampan Yu dan Pari Sabah di Semporna

Bengkel Pengurusan Mampan Yu dan Pari Sabah di Semporna

04/09/2025 Off By Web Master

Semporna, 28 Ogos 2025 – Lebih 85 orang nelayan telah menyertai Bengkel Pengurusan Mampan Yu dan Pari Sabah di Semporna. Bengkel ini, yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perikanan Sabah dengan Marine Research Foundation, Green Semporna dan Reef Check Malaysia serta disokong oleh Shark Conservation Fund dan Yayasan Sime Darby. Bengkel ini bukan hanya disertai oleh nelayan dari Semporna dan Kunak, malah turut dihadiri oleh pegawai perikanan dari ibu pejabat dan daerah, bersama-sama wakil dari NGO Pemuliharaan Marin. Acara ini berperanan sebagai platform inklusif untuk membincangkan masa depan pengurusan lestari yu dan pari di Sabah.