KURSUS ASAS TERNAKAN TIRAM

KURSUS ASAS TERNAKAN TIRAM

29/08/2025 Off By Web Master

KURSUS ASAS TERNAKAN TIRAM (kepada kumpulan sasar)

22 Ogos 2025 – Tuaran: Jabatan Perikanan Sabah melalui Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya telah menganjurkan Kursus Asas Ternakan Tiram selama lima (5) hari bermula pada 18 Ogos 2025 hingga 22 Ogos 2025 bertempat di Stesen Pengembangan Akuakultur Marin Trayong, Tuaran.

Kursus yang diadakan ini telah melibatkan kumpulan sasar dari Daerah Kunak, Kota Belud, Tuaran dan Kota Marudu. Semasa kursus ini para peserta juga telah dibawa untuk melawat Ladang Ternakan Tiram milik Encik Lakin bin Rajin berlokasi di Kg. Lentuong Tuaran yang merupakan Ladang Tiram terbesar di Sabah. Semasa lawatan ini peserta dapat menambahkan ilmu yang sangat berguna kaedah ternakan tiram yang betul dan berjaya.

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dengan tenaga pengajar di kalangan anggota jabatan yang mahir seperti Puan Nafifah Triana Jamaludin, Puan Malisa Manson, Encik Davis Lo dan Encik Farhan Nazaie bin Nasib.