KURSUS MENGENDALIKAN DRON UNTUK KERJA TANAH SIRI 1/2025
21 Ogos 2025 – Kinarut, Papar: Selari dengan arus pembangunan dan teknologi masa kini. Jabatan Perikanan Sabah telah menganjurkan Kursus Mengendalikan Dron untuk Kerja Tanah khas untuk anggota Jabatan yang bertugas secara hakiki dalam bidang ini. Kursus yang dijalankan melalui Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya bersama Bahagian Penggunaan Tanah dan Alam Sekitar ini telah diadakan di Pusat Latihan dan Kemahiran Perikanan Sabah, Kinarut, Papar.
Kursus selama empat (4) hari ini telah melibatkan peserta-peserta di kalangan anggota jabatan dari Bahagian Penggunaan Tanah dan Alam Sekitar, Pejabat Perikanan Daerah Tawau, Pejabat Perikanan Daerah Sandakan, Pejabat Perikanan Daerah Papar, Pejabat Perikanan Daerah Lahad Datu, Pejabat Perikanan Daerah Semporna dan Pejabat Perikanan Daerah Kunak.
Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dengan tenaga pengajar yang mahir dari Jabatan Perikanan iaitu Encik Zamani Nayan dan Encik Davy F. Malinggi.