26 June 2025 – Satu Operasi Bersepadu bagi membanteras aktiviti pengeboman ikan telah dilaksanakan dengan kerjasama antara Jabatan Perikanan Sabah dan Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan (Jabatan Perikanan Malaysia) pada 23 hingga 26 Jun 2025. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Dr. Shuhadah Mustapha, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, sebagai simbolik komitmen pihak berkuasa dalam memelihara sumber perikanan dan kelestarian ekosistem marin di perairan Sabah dan Labuan.