Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (M.O.U.) Tagal antara Jabatan Perikanan Sabah dengan Jawatankuasa Tagal Kampung Kopuran dan Kampung Besta Ria, Telupid
22 Mei 2025 – Telupid: Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (M.O.U.) Tagal antara Jabatan Perikanan Sabah dengan Jawatankuasa Tagal Kampung Kopuran dan Kampung Besta Ria, Telupid telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Jonnybone J. Karum, Setiausaha Politik (I) kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah (II) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.47, Telupid.