KOTA KINABALU – Sabah memperkasa sektor Ekonomi Biru melalui pelancaran Projek Rintis Perikanan Laut Dalam yang akan beroperasi tidak lama lagi. Syarikat Labuan Madani Marine Sdn. Bhd. telah diberi mandat untuk mengendalikan operasi selepas menerima Permit dan Lesen Perikanan Laut Dalam (C2) daripada YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah semasa Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) 2024.
Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Datuk Azhar Hj. Kassim menjelaskan dua buah kapal akan beroperasi dengan kapasiti 150 tan metrik setiap pelayaran. Kapal SBF 68 buatan China bernilai jutaan ringgit kini menjadi perintis projek ini, dengan CEO Peter Chi Kain Sang menjanjikan pemindahan teknologi kepada anak tempatan Sabah untuk mengambil alih operasi sepenuhnya. Hasil tangkapan akan dipasarkan di Sabah dan dieksport ke pasaran antarabangsa.