Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Sabah 2024

Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Sabah 2024

21/10/2024 Off By Web Master

Tawau, 16 Oktober 2024 – Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Sabah 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Borneo Royale Hotel, Tawau. Persidangan tahunan ini bertujuan untuk membincangkan program-program jabatan yang memberi impak signifikan kepada golongan sasar, di samping menjadi platform perkongsian idea, pemantapan modal insan melalui peningkatan ilmu terkini serta pengukuhan perpaduan dalam kalangan pegawai kanan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah selaku wakil kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Sempena majlis tersebut, beliau turut melancarkan empat penerbitan baharu Jabatan Perikanan Sabah, iaitu:
1. Pelan Strategik Jabatan Perikanan Sabah 2024-2030
2. Pelan Pengurusan Perikanan Sabah 2025-2030
3. Dasar Pengurusan & Pembangunan Akuakultur Negeri Sabah
4. Dasar Penyelidikan Jabatan Perikanan Sabah