PROGRAM KONVOI JELAJAH “ROAD TO MAHA 2024”

PROGRAM KONVOI JELAJAH “ROAD TO MAHA 2024”

15/07/2024 Off By Web Master

Program Konvoi Jelajah YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sempena Road To Maha@Sabah (RTM) 2024 telah diadakan pada 13 dan 14 Julai 2024. Rombongan telah membuat lawatan ke Tagal Kampung Luanti, Ranau pada 14 Julai 2024. Ketibaan rombongan disambut oleh Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, En. Azhar bin Kassim diiringi oleh Timbalan Pengarah Perikanan (Pembangunan), Datin Dr. Shuhadah Mustapha, Timbalan Pengarah Perikanan (Operasi), En. Lawrance Kissol Jr. serta pegawai dan anggota Jabatan Perikanan Sabah. Ahli Jawatankuasa Tagal Kampung Luanti turut serta dalam menyambut kedatangan rombongan tersebut. YB Datuk Seri turut menyampaikan bantuan serta berpeluang untuk memberi makanan ikan di tagal berkenaan.