KURSUS PEMPROSESAN PRODUK INDUSTRI HILIRAN (Lanjutan siri 1/2025)
27 Ogos 2025 – Kinarut, Papar: Bagi menyokong pembangunan industri hiliran di Sabah sekaligus meningkatkan sosioekonomi komuniti, Jabatan Perikanan Sabah telah menganjurkan Kursus Pemprosesan Produk Industri Hiliran (Lanjutan siri 1/2025). Kursus selama lima (5) hari ini bermula pada 25 hingga 29 Ogos 2025 berlokasi di Pusat Latihan dan Kemahiran Perikanan Sabah, Kinarut, Papar.
Kursus ini melibatkan komuniti dari Daerah Kota Belud, Daerah Beaufort, Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok. Peserta kursus dipilih daripada peserta yang pernah menghadiri Kursus Asas Pemprosesan Hiliran sebelum ini. Dalam kursus lanjutan ini para peserta diajar untuk membuat kulit dumpling sendiri, dimsum isi udang, dimsum isi ikan dan udang. Selain daripada itu, peserta juga diajar untuk membuat popia otak-otak.
Kursus ini dijayakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang mahir dari Jabatan Perikanan Sabah iaitu Puan Betty Bangon dengan dibantu oleh Encik Alif Ariffin dan Puan Aineh Jumat.