10 Jun 2025 – Pitas: Program Interaksi Bersama Nelayan di Kampung Mempakad Laut, Pitas telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Dorothy Chung, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Perancangan) yang mewakili Pengarah Perikanan Sabah. Program ini merupakan satu inisiatif khidmat masyarakat oleh Jabatan Perikanan Sabah dengan objektif untuk berkongsi maklumat terkini jabatan dan berinteraksi dengan komuniti nelayan setempat.