BENGKEL KESEDARAN KONSERVASI MARIN BERSAMA KOMUNITI

BENGKEL KESEDARAN KONSERVASI MARIN BERSAMA KOMUNITI

25/06/2025 Off By Web Master

24 Jun 2025 – Sipitang: Bengkel Kesedaran Konservasi Marin Bersama Komuniti Kampung Banting, Sipitang  telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Lawrence Kissol Jr., Timbalan Pengarah Perikanan (Operasi) yang mewakili Pengarah Perikanan Sabah. Program ini merupakan satu inisiatif khidmat masyarakat oleh Jabatan Perikanan Sabah dengan objektif untuk berkongsi maklumat terkini jabatan dan berinteraksi dengan komuniti setempat.