26 Mei 2025, Kota Kinabalu – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Jabatan Perikanan Sabah dan Universiti Malaysia Terengganu telah berlangsung hari ini. Majlis ini melambangkan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengurusan sumber perikanan.