Majlis Perhimpunan Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Sabah Tahun 2025

Majlis Perhimpunan Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Sabah Tahun 2025

25/02/2025 Off By Web Master

TAWAU, SABAH – Jabatan Perikanan Sabah (DOFS) telah menjayakan Majlis Perhimpunan Penguatkuasaan 2025 dengan memperkenalkan tiga inisiatif utama bagi memperkukuhkan sektor perikanan negeri. Antaranya termasuk penambahbaikan seragam penguatkuasaan DOFS yang lebih moden, penambahan bot ronda dan kelengkapan operasi baharu, serta imej baharu selaras dengan Sabah Blue Economy. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kecekapan penguatkuasaan, malah mencerminkan integriti tinggi melalui penampilan profesional dan komitmen terhadap tanggungjawab menjaga sumber perikanan secara telus dan amanah.
Pengarah Perikanan Sabah, Datuk Azhar Hj. Kassim, menekankan komitmen jabatan dalam memperkasakan penguatkuasaan undang-undang perikanan dengan nilai integriti yang kukuh. Beliau menyatakan bahawa setiap anggota penguatkuasaan perlu menjalankan tugas dengan jujur, adil dan bertanggungjawab demi memastikan kelestarian sumber perikanan untuk generasi akan datang. Majlis ini diakhiri dengan perasmian baju Ops baharu, simbolik kepada keperibadian penguatkuasaan yang berintegriti tinggi dan diharap akan menjadi acara tahunan.