Pada 6 September 2024, YB Timbalan Ketua Menteri 1, Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan telah merasmikan Sistem Tagal Tradisi di Kg. Marangas dan Kg. Lumayang, Tambunan. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Ybhg. En. Azhar Hj. Kassim, Pengarah Perikanan Sabah bersama tetamu jemputan. Acara simbolik perasmian adalah pelepasan 1,000 ekor benih ikan Lampam ke dalam sungai dengan harapan ia akan menambah populasi ikan di kawasan tersebut.