SISTEM TAGAL TRADISI DI KAMPUNG TOMBOTUON, SOOK.

SISTEM TAGAL TRADISI DI KAMPUNG TOMBOTUON, SOOK.

27/08/2024 Off By Web Master

Pada 24 Ogos 2024, Yang Berhormat Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN N.44 Tulid, telah merasmikan Sistem Tagal Tradisi di Kg. Tombotuon, Sook. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Ybhg. En. Azhar Hj. Kassim, Pengarah Perikanan Sabah bersama tetamu jemputan. Acara simbolik perasmian adalah pelepasan 1,000 ekor benih ikan Lampam ke dalam sungai dengan harapan ia akan menambah populasi ikan di kawasan tersebut.