YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini merasmikan Program Rintis Pengukuhan Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) Projek Tagal Komuniti Kampung Sosogoh, Pagalungan Nabawan, Sabah.
Tagal Komuniti Kampung Sosogoh telah disenaraikan bagi menerima suntikan pengukuhan dibawah Program Rintis PINTAR Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan jumlah bantuan sebanyak RM30,000. Peruntukkan diterima digunakan bagi pembelian lima unit solar, 20 beg makanan ikan, 100 unit kerusi plastik, dan empat unit tong sampah serta bahan binaan tandas awam.
Hadir sama, Ybhg. Datuk Badrul Hisham Mohd,Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Ybhg. Dato’ Haji Adnan Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Ybhg. Encik Azhar Kassim, Pengarah Perikanan Sabah, Encik Hasinin Kinsim, Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan dan Encik Akat Ampaul, Pengerusi Tagal Kampung Sosogoh.