Program Pelepasan Benih Ikan Siakap ini telah diadakan pada 29 Jun 2024 di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu dan telah disempurnakan oleh YB Timbalan Ketua Menteri 1, Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan. Hadir sama dalam acara ini adalah Ybhg. Tn. Leonard Stephen Poyong, Setiausaha Tetap MAFFI. Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, En. Azhar Kassim, dan beberapa ketua jabatan lain turut hadir.