YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi melihat dan melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi melihat dan melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna

11/03/2024 Off By Web Master

10 MAC 2024, SEMPORNA -YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi melihat dan melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna. Lawatan ini bertujuan melihat salah satu penyumbang industri akuakultur kepada profil industri perikanan negara.

Negeri Sabah yang merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia, mempunyai kawasan seluas 72,500 kilometer persegi, dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur. Negeri ini juga berada dalam lingkungan Segitiga Batu Karang (Coral Tiangle) yang merupakan kawasan biodiversiti tinggi. Memiliki perairan yang luas dan terlindung dari ombak kuat serta subur, Sabah adalah penyumbang utama kepada pengeluaran rumpai laut negara melalui aktiviti akuakultur. Spesies utama yang diternak di perairan di Sabah ialah Kappaphycus dan Eucheuma.