Program Interaksi Bersama Nelayan di Kampung Tanjung Aru, Menumbok

Program Interaksi Bersama Nelayan di Kampung Tanjung Aru, Menumbok

17/11/2023 Off By Web Master

Satu Program Interaksi Bersama Nelayan anjuran Bahagian Pembangunan Marin (BPM), Jabatan Perikanan Sabah telah diadakan di Kampung Tanjung Aru, Menumbok pada 15 November 2023.

Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan Jabatan Perikanan Sabah contohnya permohonan lesen, kursus/latihan dan lain-lain lagi. Selain itu, ianya bertujuan untuk pihak jabatan dapat berinteraksi/berdialog bersama komuniti nelayan setempat.