Program Peranti Pengumpul Ikan (Payao) Kepada Nelayan di Kota Kinabalu

Program Peranti Pengumpul Ikan (Payao) Kepada Nelayan di Kota Kinabalu

29/05/2023 Off By Web Master

Pada 24 Mei 2023, Pengarah Perikanan Sabah telah menyerahkan bantuan peralatan perikanan untuk Program Peranti Pengumpul Ikan (Payao) kepada nelayan di Kota Kinabalu. Program ini merupakan kerjasama di antara Jabatan dan Petronas berikutan MOU yang telah dimeterai pada bulan 17 Februari 2023 yang lalu. Pihak Petronas telah membekalkan 20 set Payao kepada nelayan yang menangkap ikan pelagik khususnya ikan tuna. Seramai 5 orang nelayan telah menerima bantuan peralatan pada hari tersebut. Turut hadir adalah wakil daripada pihak Petronas Encik Zurul Azmil Bin Adam dan Encik Fazhan Zainudin, Penguasa Perikanan Daerah Kota Kinabalu Encik Roslee Osman dan Pegawai-Pegawai Perikanan daripada Bahagian Pembangunan Marin.

Nota: 1 set Payao terdiri daripada 1 unit pelampung khas lengkap dengan lampu penanda solar, 20 gulung tali, 4 unit dram besi untuk dijadikan pemberat, 3 unit shackle dan 3 unit swivel.