Majlis Menandatangani Tagal Memorandum Persefahaman (MOU) Tagal di antara Jabatan Perikanan Sabah dan Jawatankuasa (JK) Tagal Kg. Togudon, Kota Marudu.

Majlis Menandatangani Tagal Memorandum Persefahaman (MOU) Tagal di antara Jabatan Perikanan Sabah dan Jawatankuasa (JK) Tagal Kg. Togudon, Kota Marudu.

08/05/2023 Off By Web Master

Majlis Menandatangani Tagal Memorandum Persefahaman (MOU) Tagal di antara Jabatan Perikanan Sabah dan Jawatankuasa (JK) Tagal Kg. Togudon, Kota Marudu.

Satu Majlis Menandatangani Tagal MOU Tagal di antara Jabatan Perikanan Sabah dan Jawatankuasa Tagal Kg. Togudon, Kota Marudu diadakan pada 03 Mei 2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Hendrus Anding – Pembantu Menteri (I) Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makananan Sabah (MAFFI), merangkap ADUN N.07 Tandek Kota Marudu. Majlis turut dihadiri oleh Ybhg. Tuan Azhar Kassim – Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Ybhg. Tuan Alexander Yong – Pegawai Daerah Kota Marudu, En. Masrani Madun- Penguasa Perikanan Daerah Kota Marudu, Ketua-Ketua Jabatan di bawah MAFFI, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Sabah, Ahli-Ahli Jawatankuasa Tagal serta penduduk Kg. Togudon dan sekitarnya.

Dalam ucapan Ybhg. Pengarah Perikanan Sabah, beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih bagi pihak jabatan kepada YB. Tn. Hendrus Anding kerana dapat hadir dalam acara yang begitu bermakna khususnya kepada penduduk Kg. Togudon. Dalam masa yang sama beliau turut berharap tagal MOU ini dapat memberikan impak ke arah pemuliharaan sumber ikan di kawasan tersebut selain boleh menjadi sumber pendapatan kepada penduduk setempat.

Selain menyaksikan acara menandatangni MOU ini, YB. Tuan Hendrus Anding turut menandatangani plak pengisytiharan tagal MOU. Dalam ucapan perasmian, YB Tuan Hendrus Anding berharap dengan termaterinya tagal MOU di Kg. Togudon akan dapat menambah keunikan & produk yang berpotensi sebagai tarikan pelancong selain kawasan ini turut terkenal sebagai kawasan ‘Kinabalu Geopark’. YB turut berharap agar penduduk setempat dapat mengekalkan ekologi kawasan sungai serta menjaga kebersihan kawasan sekitar. Beliau turut memaklumkan kawasan ini telahpun dilawati oleh pihak UNESCO dan amat berharap ianya dapat disenaraikan tidak lama lagi.

Turut disampikan adalah bantuan Jabatan kepada JK Tagal dan acara ini telah diakhiri dengan pelepasan benih ikan lampam jawa sebanyak 3000 ekor ke Sg. Togudon.