Kursus Asas Ikan Hiasan dan Tumbuhan Akuatik

Kursus Asas Ikan Hiasan dan Tumbuhan Akuatik

20/03/2023 Off By Web Master

Kursus asas ikan hiasan dan tumbuhan akuatik 2023 telah diadakan pada 14-16 Mac 2023 di Stesen Perikanan Air Tawar Babagon. Kursus ini dihadiri oleh 16 orang peserta daripada daerah Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Kinabatangan dan Tawau.

Pengisian kursus meliputi topik status ikan hiasan semasa ikan hiasan di Malaysia, asas pembenihan dan penjagaan ikan hiasan, amali pembiakan ikan hiasan secara semulajadi dan aruhan serta penyediaan makanan hidup, Aquascape 101 (berserta demo). Selain itu, terdapat juga perkongsian pengalaman bersama pengusaha ikan hiasan dan sesi pertukaran idea ketika kursus di jalankan. Penutupan telah dirasmikan oleh Puan Dorothy Chung, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Industri Perikanan dan Pelaburan.

Pihak Jabatan Perikanan Sabah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peserta yg telah bersama-sama menjayakan kursus ini. Semoga pengisian daripada kursus ini dapat membantu semua peserta untuk meningkatkan produktiviti mereka seterusnya memajukan lagi Industri Ikan Hiasan Di Sabah.