PROGRAM PERIKANAN TUNA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

PROGRAM PERIKANAN TUNA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

24/02/2023 Off By Web Master
22 Feb 2023: Jabatan Perikanan Sabah (DOFS) telah diberikan perwakilan kuasa atau ‘Empowerment’ pelesenan perikanan laut dalam Sabah oleh Ketua Pengarah Perikanan Jabatan Perikanan Malaysia (DOFM) pada 26 November 2021. Lanjutan daripada ini, Jabatan telah diberikan mandat untuk menguruskan pelesenan laut dalam termasuklah pelesenan perikanan tuna di Sabah dan W.P. Labuan.
Sehubungan dengan ini, program perikanan tuna telah diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 22 Februari 2023. Acara ini telah dihadiri Ybhg. En. Azhar Hj. Kassim, Pengarah Perikanan Sabah dan En. Faizal Ibrahim bin Suhaili, Pengarah Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan bersama dengan nelayan tuna. Antara pengisian program ini adalah;
• Taklimat Syarat-Syarat Pelesenan Tuna oleh En. Lawrence Kissol Jr., Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan dan Permit
• Taklimat Insentif FAD kepada Nelayan Tuna oleh Wakil Pejabat Pembangunan Marin – En. Spencer Ryan
• Kawasan Larangan di kawasan pelantar minyak kepada Nelayan-Nelayan Kecil oleh wakil Syarikat Shell
Aktviti tambahan dalam program ini adalah;
• Penyerahan semula Buku Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan (DOFM) oleh Wakil Nelayan Tuna W.P. Labuan kepada Pengarah Pejabat Perikanan W.P. Labuan, DOFM dan
• Penyerahan Lesen Perikanan (DOFS) kepada Nelayan Tuna W.P. Labuan oleh Pengarah Perikanan Sabah (Penyerahan lesen perikanan tuna kepada 9 nelayan pancing tuna dengan jumlah sebanyak 34 lesen perikanan dikeluarkan)
Satu dasar pelesenan tuna iaitu Garis Panduan Dasar dan Prosedur Pelesenan Perikanan Tuna Sabah telah dikeluarkan pada tarikh 17 Ogos 2022. Khusus untuk pelesenan perikanan tuna, pembaharuan utama ialah pelesenan kapal dan lesen perikanan yang sebelum ini diuruskan oleh DOFM kini telah diambil alih oleh Jabatan Perikanan Sabah bagi Lesen alat menangkap ikan dan lesen kapal/vessel dikeluarkan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah
Sebelum lesen dikeluarkan beberapa siri mesyuarat sebagai persediaan pelesenan perikanan tuna di W.P. Labuan dalam tahun 2022 telah diadakan. Ini termasuklah perjumpaan dan pemeriksaan kapal/vesel berkaitan.
Sebagai tanda sokongan kepada perikanan tuna, kerajaan juga menyediakan bantuan Fish Aggregating Device (FAD) atau payao dengan kerjasama DOFS dan Petronas kepada nelayan tuna : Memorandum of Understanding (MoU) telah ditandatangani pada tarikh 17 Februari 2023 yang melibatkan sebanyak 40 unit FAD.
Adalah menjadi harapan agar nelayan-nelayan tuna W.P. Labuan yang telah menerima sebanyak 34 buah lesen perikanan dapat bersama-sama memajukan industri tuna dan dalam masa yang sama mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.