Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Sabah & Petronas

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Sabah & Petronas

20/02/2023 Off By Web Master

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Sabah & Petronas
17 Februari 2023
Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Jabatan Perikanan Sabah & Petronas dirasmikan oleh Yang Berhormat (YB) Timbalan Ketua Menteri I Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI). Dalam MOU ini, pihak Petronas akan mengagihkan 40 unit alat peranti pengumpul ikan (FAD) secara berperingkat khusus untuk kegunaan nelayan di kawasan Pantai Barat Sabah. FAD ini digunakan untuk mengumpulkan ikan-ikan tuna khususnya tuna sirip kuning dan akan memberikan manfaat kepada kira-kira 200 orang nelayan tuna di negeri ini. Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Pertronas dan berharap akan ada lebih banyak projek-projek usahasama antara pihak Petronas dengan Kerajaan Negeri Sabah di masa akan datang.


MOU ini telah ditandatangani oleh Tuan Azhar Kassim bagi pihak Jabatan Perikanan Sabah dan Tuan Hadnan Ramli bagi pihak Petronas. Turut sama hadir dalam majlis ini adalah Tuan Awang Dzulkernain Bin Awg. Hassan, Timb. Setiausaha Tetap 1 Kementerian Pertanian, Perikanan & Industri Makanan Sabah, Tuan Mohamad Firous Asnan, Naib Presiden Kanan MPM Petronas serta Puan Siti Ayu Haniza A. Wahab, Ketua Petronas Sabah & Labuan.